banner image

5 Mitos POPULAR Berkaitan Menabung

Mitos 1 : Bila ada duit lebih

Sejujurnya, jika kita mengharapkan duit lebih baru nak simpan, sampai sudah kita takkan menyimpan. Apa yang patut dilakukan adalah simpan dulu, yang lebihan tu baru berbelanja. Bukannya mengharap duit lebih selepas berbelanja.

Mitos 2 : Bila dah kaya

Logiknya adalah kita takkan dapat jadi kaya jika kita tidak menyimpan atau melabur. Dan untuk melabur, kita perlu mulakan dengan simpanan. Nak menyimpan hanya jika telah kaya adalah ibarat pungguk rindukan bulan.

Mitos 3 : Bila dah tiada hutang

Siapa yang langsung tiada hutang sila angkat tangan? Saya yakin 80% daripada kita mempunyai hutang. Saya tidak dapat pastikan peratusan itu tetapi melalui pertanyaan ringkas dengan rakan dan orang sekeliling, hampir 80% daripada mereka mempunyai hutang. Paling kurang ada hutang kereta. Jadi jika nak tunggu hutang pastiya lagi 5 6 tahun baru boleh menyimpan. Jadi simpanlah seberapa yang mampu sewaktu anda berhutang ni. Bila hutang dah habis, jumlah bayaran hutang tu masukkan dalam duit simpanan.

Mitos 4 : Bila sampai seru

Semuanya bermula dengan kesedaran diri sendiri. Tiada siapa yang memaksa anda untuk berhutang atau menyimpan. Fikirkan masa depan anda dengan teliti.


Mitos 5 : Bila nak guna duit

Ada juga perangai orang yang hanya menyimpan bila ada pembelian sasaran seperti beli motor baru, baju baru dan lain-lain. Seelok-eloknya, sediakan simpanan untuk jangka masa pendek dan simpanan jangka masa panjang. Simpanan jangka masa pendek sesuai untuk pembelian sasaran yang saya maksudkan tadi. Simpanan jangka masa panjang sesuai untuk pelaburan dan juga dana kecemasan.

Itulah 5 mitos yang kerap didengari bila diminta untuk menyimpan. Saya tahu duit anda adalah duit anda dan anda boleh buat apa sahaja dengan duit anda. Tetapi fikirkan juga dengan keluarga, dan keperluan mereka dimasa hadapan dan sebagai bantuan diwaktu kecemasan. Harapnya anda yang membaca tidak tergolong dari orang yang suka memberikan alasan seperti di atas.

Oleh itu, jom mula menyimpan sekarang!
5 Mitos POPULAR Berkaitan Menabung 5 Mitos POPULAR Berkaitan Menabung Reviewed by TheHaikal on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.