banner image

Bayaran Tunai atau Ansuran?


Bayaran Tunai atau Ansuran?

Tips Jimat : Beli Secara Tunai

Semasa berjalan-jalan di pasaraya besar, saya terpandang satu promosi ansuran mudah. Sebulan hanya beberapa puluh ringgit sahaja untuk tv LCD dan begitu juga dengan telefon pintar. Pada pandangan pertama semasa nampak promosi itu,saya sebagai orang awam pastinya tertarik. Tapi Alhamdulillah saya tak terjebak dengan pembelian yang tidak perlu. Tambahan lagi pembelian tersebut merupakan pembelian yang tidak perlu yang dilakukan secara hutang!

Hutang adalah komitmen yang berterusan selagi mana tidak dilangsaikan. Bagi saya kekayaan sebenar adalah apabila seseorang itu bebas daripada sebarang hutang. Tidak kira kecil atau besar, hutang tetap hutang. Bila kita bebas daripada hutang, pastinya hati akan lebih tenang. Tetapi untuk mengecapi ketenangan itulah cabaran sebenar untuk kita.

Ada orang kata ‘hutang tidak boleh dielak!’ Yeke?. Bagaimana mahu mengelakkan dari berhutang? Tapi sebelum itu kita kene bezakan apakah maksud diantara hutang dan juga bil bulanan. Bil bulanan adalah bayaran yang kita keluarkan atas penggunaan kita setiap bulan yang bukan milik kita. Seperti contoh, kita menyewa rumah. Bayaran sewa bulanan itu bukanlah hutang tetapi merupakan bil bulanan yang perlu dijelaskan setiap bulan.

Hutang pula adalah sejumlah nilai yang perlu kita langsaikan yang dibayar secara berperingkat (mingguan atau bulanan) untuk sesuatu yang kita mahu miliki. Sebagai contoh membeli rumah. Katakan anda membeli sebuah rumah dengan harga RM300k dan dikehendaki membayar kepada bank sebanyak RM1k setiap bulan, itu adalah hutang.

Cara yang paling mudah untuk tidak berhutang adalah membeli barang secara tunai. (Apa la, cara itu semua orang pun tahu). Cara yang mudah dinyatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan. Boleh ke beli kereta secara tunai? Nak beli rumah secara tunai?

Saya adalah orang yang sudah terpedaya dengan skim kereta graduan atau promosi membeli kereta tanpa duit muka. Sebenarnya promosi itu tidak bersalah, malah begitulah cara orang berniaga dan membuat pemasaran. Sebenarnya apa yang berlaku adalah salah saya sendri kerana kurang belajar tentang kewangan semasa tu. Saya beli kereta dengan full loan, bayaran selama 9 tahun. 

Setiap bulan dengan bayaran RM700. Gaya macam beli kereta mewah, tapi sebenarnya beli kenderaan tempatan sahaje. Masa mula-mula beli memang takde masalah. Tetapi bila sudah ada komitmen, saya mula terasa, RM700 yang dilaburkan itu sebenarnya boleh digunakan untuk banyak lagi perkara jika saya tidak berhutang.

Banyak dalam buku-buku atau blog pakar kewangan yang mencadangkan untuk membeli kereta secara tunai. Konsepnya yang dicadangkan senang sahaja, simpan dulu, cukup duit baru beli kereta yang mampu. Sebab bila kita simpan duit, duit yang kita simpan akan bertambah dari tahun ke tahun dengan dividen yang diterima. Tetapi jika bayar hutang, jumlah hutang adalah sama, tetapi barang yang kita dapat akan semakin berkurang dari segi nilainya. Konsep ini sebenarnya terpakai untuk semua pembelian, sama ada kecil atau besar. Kitalah yang tentukannya.

Jadi, membeli secara tunai adalah lebih mejimatkan dan menenangkan. Ini hanyalah pendapat saya, seorang yang baru belajar tentang pengurusan kewangan. Sebarang komen dan pendapat boleh dikongsikan di raungan komen ;-) 
Bayaran Tunai atau Ansuran? Bayaran Tunai atau Ansuran? Reviewed by TheHaikal on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.