banner image

10 Tips Jimat Elektrik Di Rumah Untuk Mengelakkan Bil Melambung. No.10 WAJIB Amalkan.


Tips Jimat Elektrik. Tenaga Elektrik adalah satu keperluan untuk setiap rumah. Dengan elektriklah perkara-perkara lain dapat dilakukan seperti memasak, menjahit dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, ramai juga yang mengambil ringan tentang kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Kali ni saya nak kongsikan 10 Tips Jimat Elektrik terbaik yang boleh membantu anda mengelak dari bil melambung.

1. Matikan dan cabut

Jadikan amalan untuk matikan dan cabut perkakasan yang tidak digunakan. Selain itu, matikan juga suis lampu, kipas dan lain-lain sekiranya tidak digunakan. Nampak ringkas dan mudah untuk diamalkan. Tetapi amat susah untuk dipraktikkan secara konsisten. 

Paling penting adalah untuk diamalkan satu keluarga. Jika hanya seorang yang amalkan tetapi ahli rumah yang lain tidak ambil kisah, teknik ini tetap tidak akan nampak impaknya. Jadi nasihatkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang lain untuk turut serta untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah.

2. Set timer

Membiarkan televisyen terbuka tanpa ditonton adalah satu bentuk pembaziran tenaga. Jika anda memang dah rasa mengantuk semasa menonton televisyen, setkan mod timer untuk membolehkan televisyen tersebut mati dengan sendirinya. 

Teknik ini bukan hanya terpakai pada televisyen, tetapi untuk kebanyakan barang elektronik yang mempunyai mod timer seperti penghawa dingin, kipas dan juga lampu.


3. Basuh baju

Semasa membasuh pakaian, pastikan pakaian yang dibasuh penuh untuk satu cucian. Tetapi dalam masa sama tidak melebihi had yang ditetapkan oleh mesin pencuci tersebut. Membasuh secara penuh bukan sahaja dapat menjimatkan elektrik, tetapi juga dapat menjimatkan penggunaan air.

4. Bersihkan Kipas dan Penghawa Dingin

Kipas dan penghawa dingin yang penuh dengan habuk akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Jadi, lakukan pembersihan secara berkala untuk kipas dan penapis penghawa dingin anda. 

5. Gunakan Lampu Jimat Tenaga

Lampu kalimantang menggunakan 1/3 tenaga sahaja berbanding lampu pijar (mentol). Tukarkan semua lampu pijar di rumah anda dengan lampu kalimantang. Selain lampu kalimantang, anda boleh juga menggunakan lampu LED sebagai alternatif kerana ia juga amat menjimatkan. Tetapi dari segi kecerahan, lampu kalimantang lebih baik.

6. Gosok Baju Secara Pukal

Antara peralatan yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak adalah seterika. Tenaga elektrik paling banyak digunakan semasa seterika mula nak dipanaskan. Pastikan setiap kali anda gosok baju hendaklah dilakukan secara pukal atau bergilir-gilir. Ini adalah untuk mengurangkan keperluan untuk memanaskan seterika berulang kali yang boleh menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi.

Jika anda nak lebih jimat lagi, tetap satu hari dalam seminggu (sebagai contoh malam minggu) untuk menggosok semua baju yang diperlukan untuk minggu tersebut.

7. Masak Air Penuh

Sama seperti konsep seterika, memasak atau memanaskan air untuk minuman juga menggunakan tenaga elektrik yang agak banyak. Pastikan kapasiti air dimasak penuh setiap kali memasak air. Jangan sesekali memasak air dalam isipadu yang sedikit kerana ia menggunakan tenaga yang hampir sama ketika anda masak air penuh.

Setelah air masak, simpan air panas dalam bekas air yang tahan panas (termos). Air panas yang disimpan dengan baik biasanya dapat bertahan kepanasannya antara 6-8 jam dalam keadaan baik. Ini akan mengurangkan kadar keperluan anda untuk memasak air.


8. Alatan Jimat Elektrik

Pihak SIRIM ada mengeluarkan stiker jimat elektrik kepada peralatan eleketrik yang mempunyai kadar penggunaan elektrik yang baik. Sebagai pengguna, sebaiknya kita menggunakan barangan elektrik yang mempunyai pelekat ini.

Image result for pelekat jimat tenaga

9. Kerjasama

Untuk memastikan penjimatan elektrik dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerjasama daripada setiap ahli rumah adalah sangat penting. Penjimatan elektrik tidak akan dapat dicapai dengan hanya seorang individu yang berjimat sedangkan ahli rumah yang lain tiada kesedaran untuk berjimat cermat.

Sentiasa mengingati sesama ahli keluarga dan bantu membantu dalam melaksanakan proses peralihan untuk menjadi pengguna barangan elektrik yang bijak.

10. Denda

Tips jimat elektrik yang terakhir ini agak 'keras'. Kita juga boleh laksanakan peraturan khas iaitu sekiranya ada ahli keluarga yang tidak tutup suis lampu bilik atau tidak matikan kipas setelah digunakan individu tersebut akan dikenakan denda. Sediakan satu tabung khas denda untuk memasukkan semua duit denda yang dikutip.

Denda tidak perlu terlalu tinggi, cukup dengan 50 sen atau RM1 untuk setiap kesalahan. Duit yang terkumpul akan digunakan untuk membayar bil elektrik. Ini sebenarnya adalah untuk mendidik diri sendiri dan ahli keluraga yang lain untuk sama-sama mengambil berat untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Kenapa nak jimat elektrik?

Sekiranya anda jimat elektrik, anda mungkin tergolong dalam golongan yang diberikan subsidi penggunaan elektrik RM20 oleh kerajaan (jika bil elektrik anda RM20 dan ke bawah). Selain itu untuk jangka masa panjang, duit penjimatan elektrik boleh digunakan untuk perkara lain atau dijadikan simpanan untuk masa hadapan.

10 Tips Jimat Elektrik Di Rumah Untuk Mengelakkan Bil Melambung. No.10 WAJIB Amalkan. 10 Tips Jimat Elektrik Di Rumah Untuk Mengelakkan Bil Melambung. No.10 WAJIB Amalkan. Reviewed by TheHaikal on Friday, April 14, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. http://www.khirkhalid.com/2017/05/selera-bufet-ramadan-citarasa-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat bermanfaat. Jangan Lupa Kunjungi MesinIndo.com Untuk Melihat Artikel Bermanfaat Lainnya.

    ReplyDelete

Home Ads

Powered by Blogger.