Membeli barang secara online sememangnya telah menjadi sesuatu yang biasa pada zaman sekarang. Ini juga bermakna kita boleh berbelanja tanpa keluar daripada rumah. Pelbagai ecommerce muncul untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pembelian online pengguna.
Dari satu sudut memang ia membantu kita, tetapi jika tidak dikawal dengan baik ia akan mendatangkan kemudaratan dan juga pemborosan.
Saya sendiri merupakan pembeli secara online. Dari Lazada Malaysia, Ebay, Aliexpress, Taobao dan lain-lain lagi, saya pernah membeli daripada laman web tersebut. Pengalaman ini jugalah saya nak kongsikan untuk memastikan kita sentiasa dapat berjimat dalam perbelanjaan ita.
Sebelum saya kongsikan tips jimat berbelanja secara online, perlu saya nyatakan bahawa anda perlu pastikan setiap pembelian yang anda buat adalah satu keperluan. Bukannya hanya kemahuan semata-mata.
10 tips jimat berbelanja secara online yang perlu kita patuhi supaya setiap pembelian kita berbaloi adalah seperti berikut:
1. Senaraikan barang
Sepertimana berbelanja secara fizikal, jangan lupa untuk senaraikan keperluan anda. Ini adalah penting sebagai matlamat pembelian anda. Senaraikan perkara yang hanya menjadi keperluan untuk anda.
2. Konsep 30 saat
Sebelum anda tekan butang 'Add To Cart' berfikir sejenak dalam masa 30 saat dan tanya kepada diri anda adakah anda betul-betul perlukan barang tersebut.
3. Konsep 30 hari
Kebanyakan orang membeli secara online terpengaruh dengan impuls buying. Nampak terus nak beli. Dengan menggunakan konsep menangguh pembelian, seseorang boleh berfikir dengan lebih jelas dan teliti tentang keperluan untuk membeli sesuatu perkara.
4. Affiliate link
Kebanyakan laman jualan online mempunyai program affiliate untuk di sertai. Sertai program affiliate mereka dan jika anda nak membeli sesuatu, gunakan link affiliate anda sendiri untuk membeli.
5. Perbandingan Harga
Terdapat pelbagai ecommerce yang terdapat di Malaysia dan di dunia. Jadi, kita perlu membuat perbandingan harga antara laman-laman web tersebut. Membandingkan harga secara online adalah lebih mudah berbanding membuat perbandingan harga kedai demi kedai.
6. Kad Kredit / Kad Debit
Sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit, lebih baik jangan simpan maklumat kad kredit atau kad kebit anda dalam komputer atau di laman pembelian. Ini adalah untuk menyusahkan anda membeli secara online.
7. Masa Promosi
Terdapat banyak promosi dijalankan sepanjang tahun. Oleh itu, ambil peluang untuk membeli barang semasa waktu promosi.
8. Buat Akaun Baru
Hampir semua online shopping akan memberikan boucer atau diskaun kepada pelanggan baru mereka. Jadi sekiranya anda nak berjimat, buat satu akaun baru di laman web tersebut supaya anda dapat menikmati promosi untuk ahli baru.
9. Bayaran Penghantaran
Apabila membuat pembelian secara online, anda mungkin dikenakan bayaran tambahan untuk cas penghantaran. Untuk mengelakkan daripada bayaran tambahan, beli barang yang mempunyai cas penghantaran percuma.
10. Guna Shopback
Ini adalah kaedah yang memang saya sentiasa gunakan. Shopback akan memberikan anda rebat tunai setiap kali anda melakukan pembelian di lebih 500 laman web pembelian. Rebat yang terkumpul kemudiannya boleh dipindahkan ke akaun bank anda. Lihat video di bawah untuk lebih penjelasan berkenaan Shopback.
Daftar Shopback di sini: http://bit.ly/rebattunai
Ikuti 10 Tips Jimat Ini Semasa Berbelanja Secara Online
Reviewed by TheHaikal
on
Thursday, May 25, 2017
Rating:
No comments: