banner image

5 Cara Ini Akan Bantu Pelajar Jimat Duit


5 Cara Jimat Duit Untuk Pelajar

Tips Jimat : Cara Jimat Untuk Para Pelajar

Masak sendiri

Nasihat ini saya bagi tulus dari hati saya bukannya memihak kepada Ahmad Maslan atau sekutunya. Say juga merupakan seorang pelajar beberapa tahun dahulu dan memang inilah yang saya amalkan. Jika tidak sempat untuk masak setiap kali waktu makan, cukuplah untuk masak pada waktu malam sahaja. 


Berpuasa

Berpuasa semasa belajar adalah lebih menyeronokkan kerana masa akan berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Jimat pun jimat. Seelok-eloknya bersahurlah sikit untuk memberikan tenaga kepada kita.


Jangan / Berhenti Merokok

Nasihat yang ke tiga ni mungkin sukar sikit untuk diterima oleh kebanyakan pelajar lelaki. Tetapi memang hakikatnya merokok adalah membazir. Anda pusing tang mana pun memang meroko membazir jugak. Cuma sama ada kita boleh terima hakikat tu dengan hati terbuka atau tidak. Fikir-fikirkan. Ada yang bertanya, sekarang ni kan musim vaper, saya berhenti merokok dan ganti dengan vapor, ok tak? Bagi saya sama sahaja. konsepnya adalah kita membeli sesuatu yang tiada faedah pun. Tetapi jika tukar vapor untuk belajar berhenti merokok mungkin boleh dipertimbangkan lagi. Dengan syarat, vapor pun akan berhenti di kemudian hari.

Jangan berpacaran

Satu lagi perkara yang kerap berlaku semasa belajar di universiti. Salah ke? Tak salah jika pandai di kawal dan masih di dalam batas-batas kesopanan. Tetapi jika setiap hari, setiap waktu berkepit, pastinya tidak elok dipandang orang dan tidak bagus juga untuk poket teman lelaki anda. Baik simpan duit untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anda yang sudah pasti nanti.

Kongsi perkakasan

Semasa waktu belajar, anda tidak perlu memiliki semua perkakasan. Antara barang yang boleh dikongsi bersama adalah mesin pencetak, mesin basuh dan lain-lain alat yang boleh di guna sama. 

Begitulah antara cara berjimat yang paling mudah untuk diamalkan oleh para pelajar. Pastinya jika anda tidak dapat amalkan semua, ambil satu atau dua perkara dan amalkannya secara konsisten. Dalam masa yang sama janganlah membeli perkara yang tidak perlu. Fokus kepada matlamat anda untuk berjaya di menara gading.
5 Cara Ini Akan Bantu Pelajar Jimat Duit 5 Cara Ini Akan Bantu Pelajar Jimat Duit Reviewed by TheHaikal on Thursday, January 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.