banner image

Gunakan 5 Tips Ini Untuk Jimat Menggunakan Penghawa Dingin.


5 Tips Jimat Menggunakan Penghawa Dingin. Tiada yang lebih nikmat dari duduk di dalam bilik dengan penghawa dingin semasa cuaca panas terik. Hati yang panas pun boleh berubah menjadi sejuk. Tetapi malangnya jika kita gunakan tanpa berwaspada, kita akan pening semula semasa tiba bil elektrik.

Tetapi jika anda dah buat keputusan untuk memasang penghawa dingin (aircond), anda perlu ambil tahu 5 perkara ini untuk memastikan anda tidak terlalu terkejut dengan bil elektrik yang anda terima setiap bulan.


Tetapkan Suhu

Mengikut kajian, suhu minimum terbaik dan menjimatkan adalah pada suhu 24 darjah celcius. Ini kerana suhu tersebut adalah suhu yang paling hampir dengan suhu bilik. Tetapkan suhu tersebut pada semua penghawa dingin anda (sekiranya ada lebih daripada 1). Menetapkan suhu yang lebih rendah akan menyebabkan kompresor berkerja lebih kuat dan seterusnya menggunakan lebih banyak tenaga elektrik.

Tetapkan Masa

Dalam kebanyakan masa, kita tidak perlu untuk pasang penghawa dingin sepanjang masa. Lebih baik lagi, tetapkan masa untuk penghawa dingin mati dengan sendirinya. Hampir semua aircond sekarang anda boleh setkan masa ia hidup dan mati. Sebagai contoh, kita boleh tetapkan penghawa dingin untuk mati dengan sendirinya pada jam 12 tengah malam kerana selepas tengah malam suhu persekitaran sudah lebih sejuk dan tidak lagi memerlukan penghawa dingin.

Maintainance

Lakukan penyelenggaraan berkala secara konsisten. Bersihkan penapis udara pada penghawa dingin anda untuk membolehkan lebih mudah untuk melaluinya. Ini juga akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Selain itu juga, dengan melakukan penyelenggaraan berkala, jangka hayat penghawa dingin anda juga akan lebih panjang.

Tutup Tingkap

Pastikan ruangan yang dipasang dengan penghawa dingin ditutup dengan rapi. Ini kerana jika terdapat tingkap atau ruang udara yang membolehkan angin luar masuk, penghawa dingin anda akan memerlukan tenaga yang banyak untuk menyejukkan ruang tersebut. Oleh itu, pastikan setiap ruangan yang terbuka ditutup dengan rapi.

Jenis Penghawa Dingin

Terdapat pelbagai jenis penghawa dingin di pasaran sekarang. Ada penghawa dingin yang menjimatkan dan ada juga yang banyak menggunakan tenaga elektrik. Beli penghawa dingin yang mempunyai Energy Star Rating yang baik supaya tenaga yang digunakan lebih efisyen.

Image result for energy star rating aircond

Penghawa dingin adalah satu pilihan. Setakat ini pada saya ia masih bukan lagi satu keperluan. Kecuali ianya ada kaitan dengan nasihat doktor atau yang sama waktu dengannya. Ini kerana menggunakan kipas jauh lebih jimat daripada menggunakan penghawa dingin.
Gunakan 5 Tips Ini Untuk Jimat Menggunakan Penghawa Dingin. Gunakan 5 Tips Ini Untuk Jimat Menggunakan Penghawa Dingin. Reviewed by TheHaikal on Monday, April 10, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.