banner image

Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air. Tips No.7 Paling 'Rare'


Cara Jimat Air. Air bersih adalah salah satu keperluan harian kita. Nak tak nak kita sememangnya akan menggunakan air setiap hari. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna kita boleh menggunakan sesuka hati kerana anda sendiri yang akan menanggung padahnya sekiranya tidak pandai menjimatkan air.

Untuk orang yang berjimat, setiap titisan air adalah sama dengan membuang setiap sen dalam simpanan kita. Jadi kita perlu hargai setiap titisan air untuk memastikan kita tidak membazir air dan duit kita.

Berikut adalah 10 tips jimat air yang perlu anda amalkan setiap hari:

Tips Jimat Air 1

Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.

Tips Jimat Air 2

Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.

Tips Jimat Air 3

Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.

Tips Jimat Air 4

Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan.  Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.

Tips Jimat Air 5

Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.

Tips Jimat Air 6

Pastikan paip air ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis. Ini sangat penting untuk diambil perhatian terutamanya jika anda mempunyai anak-anak kecil di rumah. Kanak-kanak biasanya tidak dapat mengunci paip air dengan ketat dan boleh menyebabkan air terus menitis tanpa disedari. 


Tips Jimat Air 7

Letakkan botol berisi air dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman. Tahukah anda sebenarnya kita boleh mengepam dengan menggunakan separuh daripada air tangki pengepam? Caranya adalah dengan masukkan botol berisi air ke dalam tangki pengepam. Ini akan mengeurangkan kuantiti air untuk di isi ke dalam tangki dan seterusnya menjimatkan penggunaan air anda. 

Tips Jimat Air 8

Gunakan baldi semasa mencuci kenderaan. Salah satu cara untuk berjimat adalah dengan mencuci kereta sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mengikut cara ini, boleh jadi anda akan membazir banyak air semasa mencuci kenderaan anda. Menggunakan baldi akan mengurangkan kadar air yang mengalir tanpa digunakan.

Tips Jimat Air 9

Jika anda seorang yang minat bercucuk tanam sama ada pokok bunga atau sayuran, pastikan anda menyiram tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan kadar penyejatan air dari tanah dan pokok anda mendapat lebih banyak manfaat daripada setiap titisan air. 

Selain itu, gunakan juga baldi untuk membuat siraman pokok. Ini akan lebih menjimatkan.

Tips Jimat Air 10

Pastikan anda membuat tadahan air hujan. Ramai yang tidak memanfaatkan air percuma yang diberikan setiap kali hujan. Air hujan yang ditadah boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan sayuran serta boleh juga digunakan untuk mencuci kenderaan. Kadar taburan hujan di Malaysia agak tinggi dan kita perlu mengambil peluang ini untuk menggunakan air hujan. 

Cuma satu perkara yang perlu diambil berat adalah apabila membuat tadahan air, pastikan air tersebut dimasukkan dengan ubat jentik-jentik untuk mengelakkan daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Ok. 

Cukup dengan 10 tips ini dulu, saya yakin sekiranya kita mengamalkan tips-tips di atas secara konsisten, kita akan dapat menjimatkan bil air kita sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai bil biasa kita.

Nampak macam leceh, tetapi jika ia dah diamalkan, ia akan menjadi satu tabiat yang dapat menjimatkan duit anda untuk jangka masa panjang.

Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air. Tips No.7 Paling 'Rare' Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air. Tips No.7 Paling 'Rare' Reviewed by TheHaikal on Sunday, April 09, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.