banner image

5 Buku Kewangan Untuk Kesedaran Kewangan. Buku ke 3 Paling Saya Suka

Masih ramai yang kurang pengetahuan dan kesedaran tentang pengurusan kewangan. Ini mungkin disebabkan subjek kewangan bukanlah subjek yang dipelajari di sekolah. Tetapi kini ia bukanlah satu alasan. Ini kerana terdapat ratusan buku panduan pengurusan kewangan yang boleh dibeli dan dibaca untuk menambah pengetahuan dalam pengurusan kewangan kita.

Pada kali ini saya nak kongsikan 5 buku kewangan terbaik yang perlu dibaca oleh semua orang yang nak belajar tentang pengurusan kewangan secara umumnya. Secara keseluruhannya saya rasa, saya dah baca puluhan buku berkaitan kewangan termasuklah buku bacaan dari segi pengurusan dan juga pelaburan. 

Daripada buku-buku tersebut jugalah saya belajar untuk menguruskan kewangan saya. Tetapi topik yang saya paling suka adalah bagaimana untuk jimat duit. Sebab itulah saya buat blog khas ini yang banyak memberikan tips dan panduan untuk jimat duit. 

Ini adalah 5 buku kewangan yang saya maksudkan.

1. Rich Dad Poor Dad


Ini adalah buku kewangan pertama yang saya beli secara fizikal. Masa tu lebih kurang 5 atau 6 tahun lepas. Rich Dad Poor Dad adalah salah satu buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini akan mengubah perspektif kita kepada wang dan membantu kita keluar daripada kitaran sia-sia Rat Race. Rat race adalah keadaan biasa yang memaksa orang bekerja untuk duit. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. 

Buku ini ditulis dalam bentuk cerita dan agak sukar untuk kita praktikkan apa yang ditulis. Tetapi dari segi input kesedaran, buku ini banyak memberi kesedaran tentang maksud kekayaan sebenar dan bagaimana nak membina bisnes dan menjadi kaya.


2. Cukupkah Wang Anda



Ini adalah buku yang seterusnya. Buku ini ditulis oleh seorang pakar kewangan peribadi. Dalam buku ini menceritakan bahawa gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘formula kekayaan’. 

Dalam mengharungi keperluan kehidupan sehari-hari, adakah di antara kita pernah merasai perasaan ‘kecukupan’ wang? Jika ‘cukup’ pun amat sukar rasanya untuk kita menikmati keadaan wang yang melimpah ruah sekiranya keadaan kita tidak berubah.‘Cukup’ merupakan istilah yang relatif buat seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam bahasa mudah, cukup buat Individu A tidak semestinya cukup buat Individu B. 

Selain daripada memberikan tips pengurusan kewangan, ia juga ada dikaitkan dengan faktor spiritual dan agama dalam menguruskan kewangan. 


3. Menjejaki Jutawan Senyap



Buku ini unik. Buku ini menceritakan bagaimana pengalaman orang biasa-biasa untuk menjadi jutawan. Ramai yang menganggap para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak akan kaya. Tetapi buku ini menerangkan yang sebaliknya. 

Sebenarya merekalah jutawan yang tidak mementingkan glamour ataupun populariti. 


4. DIY 360 Mengurus Wang



Menjadi kaya dan bebas kewangan adalah impian ramai orang. Namun tidak ramai yang mahu belajar sistem untuk menjadi bebas kewangan. Formula asas kaya sangat mudah iaitu, urus duit dan buat duit. Lepas urus duit, buat duit sebanyak mungkin. Lepas buat duit, uruskan sebaik mungkin. 

Namun menjadi bebas kewangan perlu lebih daripada itu. Pengurusan duit perlu strategik dan bermatlamat. Minda perlu diubah, nafsu perlu dikekang. Fokus kepada matlamat dan tetap pada perancangan. Buku ini membawa anda satu sistem kewangan yang lengkap dan menyeluruh dalam pengurusan minda dan pelan untuk mencapai kebebasan kewangan.

5. 101 Tips Kewangan Praktikal



Buku ini juga ditulis oleh Alwi Adam. Dalam buku ini terdapat lebih dari 100 tips yang boleh terus dipraktikkan untuk membantu kita menguruskan duit kita dengan lebih bijak. Sebagai contoh, buku ini menerangkan keperluan kita menyediakan tabung di rumah, sediakan satu hari tanpa berbelanja dan lain-lain tips ada dikongsikan. 

Jika anda suka bahan bacaan yang bersifat praktikal, ini adalah buku yang sesuai untuk anda.



Bagi yang masih mencari-cari sumber pembacaan tentang kewangan, saya cadangkan mulakan dengan buku-buku yang saya kongsikan di atas. Ia akan memberikan anda pandangan yang lebih luas tentang duit dan kewangan secara umumnya.

5 Buku Kewangan Untuk Kesedaran Kewangan. Buku ke 3 Paling Saya Suka 5 Buku Kewangan Untuk Kesedaran Kewangan. Buku ke 3 Paling Saya Suka Reviewed by TheHaikal on Saturday, April 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.