banner image

Gaji Kecil Tapi Cukup Untuk Sebulan. Ini Pengalaman Hidup Saya..


Alangkah indahnya jika Gaji Kecil Tapi Cukup Untuk Sebulan. Tidak kira berapa pun gaji kita, jika tidak diuruskan dengan baik, pasti tidak akan cukup. Ini adalah situasi biasa dalam keadaan ekonomi sekarang. Baru tengah bulan gaji dah kering..huhu..

Perkara ni memang kerap berlaku pada kebanyakan orang yang makan gaji bulan. Dapat hujung bulan, awal bulan berikutnya dah kering. Tinggal paras-paras hidung je kewangan untuk perbelanjaan bulan tersebut.

Adakalanya kita banyak menuding jari kepada orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Hakikatnya kesalahan itu sebenarnya turut berpunca daripada diri sendiri.

Adakalanya saya pelik dengan bila memikirkan bagaimana ayah dan emak saya hanya berbekalkan RM300 sebulan (tahun 90-an hingga awal 2000) dapat survive hingga sebulan untuk menyara anak-anak yang masih bersekolah. Dalam nilai sekarang mungkin bersamaan dengan orang yang bergaji RM600 sebulan.

Banyak buku kewangan saya baca untuk belajar cara perancangan kewangan yang terbaik. Tetapi sebenarnya pengajaran utama ada dihadapan mata saya. Bagaimana ayah dan ibu saya menguruskan kewangan adalah contoh terbaik untuk saya ikuti dan amalkan. 


Pengurusan kewangan ayah dan ibu saya terdiri daripada 3 perkara sahaja. Dan pada pengamatan saya tiga perkara ini jugalah yang selalu dinasihatkan oleh pakar kewangan.


Keberkatan

Dalam mencari rezeki, selain daripada usaha, kita juga perlu pastikan dari sudut keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki adalah perkara yang berlainan daripada kehalalan rezeki tersebut. Boleh jadi rezeki tersebut halal, tetapi tiada keberkatan. Sebagai contoh, orang yang bekerja di pejabat. Gaji yang diperolehi setiap bulan adalah halal tetapi keberkatan mungkin hilang kerana curi tulang dan lain-lain.

Berbeza dengan ibu dan bapa saya dahulu. Mereka adalah orang kerja kampung yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Sukar untuk mendapatkan duit tetapi mempunyai keberkatan yang tinggi kerana dilakukan dengan ikhlas.

Keperluan

Semasa saya kecil, semua barang yang ada hanyalah sekadar apa yang diperlukan untuk hidup. Lebih mudah dikatakan bahawa sifat membezakan keperluan dan kemahuan telah wujud secara semula jadi dalam keluarga saya. 

Adalah sangat penting untuk kita dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan diri sendiri. Terutamanya jika kita nak berbincang tentang cara untuk menjimatkan duit. Keperluan adalah sesuatu yang kita tidak boleh hidup tanpanya seperti makan minum dan pakaian yang baik. Kemahuan lebih kepada pelengkap kehidupan seperti televisyen, perabot dan lain-lain.

Pandai bezakan antara keduanya, kita selangkah kehadapan untuk jimat duit.


Tidak berhutang

Satu lagi yang selalu arwah ayah pesan adalah jangan suka berhutang. Terutamanya hutang yang tak perlu. Seingat saya, ayah tak pernah berhutang untuk perkara-perkara yang tidak perlu. Hutang ni pada permulaannya nampak gembira, tetapi untuk membayar setiap bulan itu bukannya sesuatu yang mudah. Terutamanya kerana pendapatan yang tidak menentu, tiada jaminan untuk kami mampu membayar hutang setiap bulan.

Tambahan lagi ketika itu kami tak pernah kenal apa yang dikatakan sebagai kad kredit. Semua perbelanjaan harian dan bukan harian dilakukan secara tunai.

Saya pasti jika ketiga-tiga perkara ini menjadi asas dalam kehidupan bulanan kita, pasti kita akan dapat merasai ketenangan dari segi kewangan. 
Gaji Kecil Tapi Cukup Untuk Sebulan. Ini Pengalaman Hidup Saya.. Gaji Kecil Tapi Cukup Untuk Sebulan. Ini Pengalaman Hidup Saya.. Reviewed by TheHaikal on Thursday, April 13, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. http://www.carajimatduit.com/2017/04/10-tips-jimat-elektrik-di-rumah-untuk.html?showComment=1494209544235#c8733703535508580650

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat bermanfaat. Jangan Lupa Kunjungi MesinIndo.com Untuk Melihat Artikel Bermanfaat Lainnya.

    ReplyDelete

Home Ads

Powered by Blogger.