banner image

8 Jenis REZEKI Yang Anda Perlu Tahu


Semua perlu YAKIN bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, kita semua diminta untuk berusaha mencari rezeki dan bukannya duduk menuggu rezeki datang. Saya tertarik dengan satu slot Motivasi Pagi dalam radio IKIM FM yang diberikan oleh Ustaz Muhadir bin Jol berkenaan 8 jenis rezeki yang Allah berikan kepada kita.

8 Jenis Rezeki tersebut adalah:

  1. Rezeki yang telah ditetapkan
  2. Rezeki dengan usaha
  3. Rezeki dengan syukur
  4. Rezeki yang tidak disangka
  5. Rezeki dengan istighfar
  6. Rezeki kerana Nikah
  7. Rezeki kerana Anak
  8. Rezeki kerana Sedekah
Saya akan terangkan serba sedikit setiap satunya di bawah.


Rezeki yang telah ditetapkan

Ini adalah rezeki yang Allah telah tetapkan sejak kita dalam kandungan lagi. Semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita, 4 perkara telah ditetapkan untuk diri kita termasuklah rezeki kita.


Rezeki dengan usaha

Orang yang berusaha pasti akan dapat lebih. Itulah hakikatnya, walaupun rezeki telah ditetapkan, kita perlu berusaha lebih gigih sekiranya nak jadi kaya atau mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Rezeki dengan syukur

Orang yang kerap bersyukur akan ditambahkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Cara paling mudah untuk bersyukar adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah.


Rezeki yang tidak disangka

Dalam ayat seribu dinar ada menyatakan sekiranya kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kita rezeki daripada sumber yang kita sendiri tidak sangka seperti melalui cabutan bertuah, hadiah dan lain-lain. Ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka.

Rezeki dengan istighfar

Orang yang banyak meminta ampun atas segala kesalahannya dengan beristighfar akan menyebabkan rezekinya mudah dan berkat.

Rezeki dengan Nikah

Ada yang bimbang dengan nafkah kewangan selepas bernikah. Hakikatnya, Allah menjanjikan tambahan rezeki untuk mereka yang bernikah

Rezeki dengan anak

Allah mengingatkan bahawa setiap anak yang lahir di dunia telah ditetapkan rezekinya. Ramai yang mengistilahkannya dengan 'rezeki anak'. Sebagai contoh, apabila lahir seorang anak, meningkatnya gaji ibu dan bapa bayi tersebut.

Rezeki dengan sedekah

Salash satu cara terbaik untuk menarik rezeki adalah dengan memperbanyakakan sedekah. Nilai sedekah yang dikeluarkan tidaklah penting berbanding perbuatan sedekah itu sendiri. Biar sedikit tetapi ikhlas.

Ok. itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan jenis rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya ada silap dan salah dalam artikel ini mohon di tegur dengan baik.

Terima kasih kerana membaca 8 Jenis REZEKI Yang Anda Perlu Tahu. Berikan komen anda apa sahaja berkaitan dengan rezeki di ruangan komen 😊

8 Jenis REZEKI Yang Anda Perlu Tahu 8 Jenis REZEKI Yang Anda Perlu Tahu Reviewed by TheHaikal on Monday, March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.